Kenapa aku cakap mcm tu. Pasal ni blog pertama aku. Memang dah tak ada kerja nak di buat sampai bleh isi masa buat blog.
Sebenarnya aku dah lama fikir pasal nak buat blog ni. Ye la. Aku hidup penuh dengan masalah, tekanan. Tak kira la tekanan kerja atau tekanan keluarga. Aku pula jenis yang tidak suka bercerita. Malas. Bukan kerana tidak menghargai, cuma aku tak suka buang masa bercakap, pada insan yang sekadar boleh mendengar. Melainkan aku kenal dia sebagai seorang yang boleh tolong, baru aku akan cakap.
Harapan aku pada blog ni, agar ia boleh menjadi tempat aku melegakan perasaan. Tempat aku mengadu. Tempat aku meringankan beban. Harap la...
No comments:
Post a Comment